SUMATERA dilaporkan mengalami gempa bumi 6.6 magnitud kira-kira jam 1 pagi ini.
Kejadian di bawah bumi sedalam 110 km di kawasan kira-kira 100 km ke barat daya Medan.
Kerosakan atau kecederaan belum diketahui.
Panggilan telefon ke daerah terjejas, Singkilbaru, setakat ini tidak mendapat sebarang maklum balas.